Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Pesta Buku Antarabangsa (KLIBF) kembali lagi! Sempena KLIBF yang akan berlangsung pada 19 Mac – 28 Mac 2010, Book Station turut mengambil bahagian dalam pesta buku kali ini. Kunjungilah ke gerai kami di C04-05 (Legar Putra) dan A18-23 (Hall2).

Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda di sana. Antaranya Majlis Pelancaran Komik Kachigo yang akan diadakan pada 20 Mac dan OKA pada 28 Mac 2010 bertempat di gerai C18-23 di Hall 2. Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah sesi autograf, demontrasi daripada kartunis Kachigo (Clay) dan OKA (Totoro & Aliow) dan bermacam-macam lagi.

Selain itu, One Nusantara juga akan melancarkan 3 buah novel Astana Novella yang menampilkan tiga bakat baru dalam penulisan novel antaranya novel Aku, Dia dan Gitar (Nurfa), Budak S.M.A.R.T (Ilmar Imia) dan Buku Bunga-bunga (Izan Ali) pada 27 Mac 2010 bertempat di Bilik Johor-Kedah. Anda semua di jemput hadir bagi memberi sokongan dan memeriahkan lagi aktiviti yang telah disediakan.

Kunjungilah ke gerai kami dan nikmati pelbagai tawaran yang telah disediakan dengan harga yang berpatutan. Mari meriahkan lagi Festival Membaca bersama Book Station!

Added by hang tuah on March 9, 2010