Sg. Siput, Perak
Sg.Siput, Perak

"PAMERAN SEKTOR KERAJAAN" sempena "AGROFEST PERAK 2009" akan diadakan pada 6hb hingga 9hb Jun 2009 bertempat di Ladang Infoternak, Sungai Siput, Perak. Perayaan "Agrofest Perak 2009" nerupakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan yang diadakan pada setiap tahun anjuran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Perayaan "Agrofest Perak 2009" ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan sektor asas tani di negeri ini di dalam menghasilkan produk-produk yang berpotensi untuk dikomersilkan.

Selain itu, Agrofest ini dapat memberi peluang kepada usahawan asas tani ke arah Pengusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di dalam megenengahkan produk-produk ini di dalam pasaran dalam dan luar negara. Kepelbagaian hasil tani di negeri ini juga memberi input yang besar kepada pembangunan ekonomi di dalam menjana pendapatan Negara.

Official Website: http://www.pertanian.perak.gov.my/agrofest.htm

Added by adrian_tourism on June 7, 2009

Interested 1